Selamat datang ke blog TARO Follow di insta= taro_offical dan FB Nurathirah binti ahmad riduan

Friday 25 September 2015

kata-kata Hikmah


"Tuhan telah menciptakan pelangi tuk mewarnai langit, dan Tuhan menciptakan sahabat tuk mewarnai perjalanan hidupmu"
 
Tetapi aku masih disini..bukan untuk mengantungkan harapan aku untuk masa depan yang tidak tahu dimana penghujung setiap cacian yang aku cucuikan...Aku masih disini...bukan untuk melihat segala kekejaman manusia yang bertopeng manusia tetapi didalam jiwanya di dalam hatinya terselit naluri ke binatangan...
dan

Aku masih disini

By : Taro94

Wednesday 16 September 2015

Aku



Setiap kesusahan dan setiap kerisuan membuat aku kian mengerti makna dalam sebuah kehidupan
Mungkin dahulu aku penah jatuh dan kehausan dipersimpangan perjalanan..
Tetapi tiada siapa yang menyedari tentang diriku yang berada diambang kematian ciptaan sendiri..
Tetapi dipersimpangan ini aku bangkit menbawa diri untuk mengejar mimpi yang samar-samar hampir menjadi realiti...
Dahulu aku jauh dari segala kenikmatan dunia...Tidak pernah ku memintak untuk segalanya..
Tetapi kini aku dibui dengan keindahan dunia sehingga aku mencari dimana yang aku hilang tentang diriku

By: Taro94

Sahabat


Persahabatan bukan hanya menceritakan pengalaman di atas kertas...
Tetapi persahabatan adalah sebuah certia yang kita reka untuk mencipta sebuah buku pengalaman untuk di kongsi antara kita.. Persahabatan bukan bermula dengan tulisan yang cantik..tetapi bermula dengan hurufnya hampir tidak kelihatan dan dilatih untuk menjadi satu tulisan berangkai untuk menjadi tarikan para pembaca... Persahabat ada pasang surutnya juga tetapi bagaimana kita mampu terima setiap kekurang dan kelebihanya untuk bergelar sahabat..

By : Taro94

Tuesday 8 September 2015

Masih jauh



Masih jauh lagi perjalan hidupku sebagai seorang insan... 
Masih jauh lagi impian untuk cuba aku gapai mengunakan jari jemariku yang kian kelabu dibuai keindahan dunia... 
Aku tak mampu tempuh badai yang kian menganas dalam keadaan diri keseorangan.... 
Tapi aku yakin ini jalan penentuan menuju kejayaan kelak.. 
Bertahanlah wahai kaki ku.....

Makin lama bertahan makin lemah aku menunju pengakhiran setiap titian perjalanan... 
Mampukah aku terus senyum dalam menjalani sisa hidupku yang kian layu bagai bunga yang hilang keharumannya dan biarkan impian ku bergelimpangan di pesisiran perjalanan... 
Wahai akal hanya engaku satu ku harapkan untuk aku berjuang.. 
hati dan jiwa dah lama menhilang 

Di setiap langkah perjalanan ku titipkan setiap kenangan yang terindah... 
dan ku cuba kutip setiap sepihan butir-butir permata ketabahan tapi masih ada yang ketinggalan... 
Wahai nafas janganlah kau lelah disaat ku perlukan kelajuan... 
Wahai kaki kau perlu bertahan ini bukan garis penamat tapi ini baru permulaan... 
Wahai impian jangan kalau hilang dalam diarus yang tenang..
Wahai roh dan jasad bersatulah demi impian demi kejayaan demi harapan...

By : Taro94

Saturday 5 September 2015

Bonda





Klebang,Melaka

Is all about my mom... Is all about my mom... Is all about my mom... Tidak penah terlintas untuk aku simpan dendam walaupun aku hanya melihatmu hanya biarkan aku dikaki awan... Tidak penah aku melupakan urat urat di tangan mu yang hampir menjangkau usia ketuan... Tidak penah aku lupakan setiap titisan air masa yang kau jatuhkan di saat aku menguris hati mu dengan setiap perbuatan dan ungkapan.... Tidak penah aku berharap mendapat insan yang terindah untuk mengantikan diri mu wahai ibunda.. Kerana setiap yang kita lalui adalah sesuatu yang berbeza tetapi melalui liku liku perasaan yang hampir sama... Mungkin diriku tidak sehebat dirimu.. Tetapi engkau menyanjung diriku tanpa rasa cemburu dan jemu... 
UNTUKMU WAHAI IBU KU...

By: Taro94

Thursday 3 September 2015

Realiti

Kadang3 kita perlu berhenti bermimpi seketika... Balik ke dunia realiti... Walaupun tidak seindah mimpi... Tapi kita masih boleh melarik di awan biru dan masih ada jeriji kasih dalam hati yang sayup...

Tuesday 1 September 2015

Berdiri



Bediri diatas satu paksi...
Untuk membuktikan siapa dirimu di akhir nanti..
Biar bermimpi mencapai cita-cita sejati..
Agar engkau tahu dimana letaknya sebuah strategi..
Mungkin aku hidup hanya dalam fantasi..
Tetapi pada dunia realiti..
Aku mampu berdiri dan impian aku tercapai kini..

By : Taro94